Tuesday, October 19, 2010

LUV 4 EVER

Jangan Ada Dusta Diantara Kita..Br0ery

Ketika pertama kujumpa denganmu
Bukankah pernah kutanyakan padamu kasih
Takkan kecewakah kau pada diriku
Takkan menyesalkah kau hidup denganku kasih

Memang kau bukan yang pertama bagiku
Pernah satu hati mengisi hidupku dulu
Dan kini semua kau katakan padaku
Jangan ada dusta di antara kita kasih

Semua terserah padamu aku begini adanya
Kuhormati keputusanmu, apapun yang akan
Kau katakan, sebelum terlanjur kita jauh
Melangkah, kau katakan saja

Wednesday, May 19, 2010

DoA untuk SUami Dari ISTERI...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada
terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya
Sekir­anya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanl­ah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya
Se­kiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di
Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan
segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di
DuniaMu
Peliharalah­ tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya

Sekiranya­...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah
dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekir­anya suami ku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan..
Kurn­iakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan
keadaa­nya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjuranku
Sek­iranya aku tersilap membuat keputusan...
Bimbingla­h aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu...
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..



Tuesday, February 16, 2010

GAMBAR2 DI HARI PERNIKAHAN ZUL & FIZA

TERCATAT DIA MILIKKU.......
SENYUMan Tanda Kesyukuran.

DI HARI PERNIKAHANKU 14.2





MOHD ZUL & NUR HAFIZA DIIJABKABULKAN PADA 14.2.2010

Thursday, February 11, 2010

ZUL & FIZA


PENYERI HIDUP KU...

HERO KU.....

MY PRINCE....

SUMBER KEBAHAGIAN KU........

......

Friday, January 15, 2010

ANAK Sedara kesayangan ku...



Nur aina Madiha Binti Mohd Taufik
Dilahirkan Pada 15 Julai 2008


KESUCIAN DIRI BAKAL SUAMI ISTERI


Kesucian adalah asas bagi segala kebaikan. Sementara kekotoran membawa kepada kerosakan.!

Kita ingin membawa pembaca budiman mengenal fitrah diri....kesucian yang menjadi asas perjalanan ke arah hidup yang selamat dan bahagia. Benih yang baik yang ditanam ditanah yang bersih akan menghasilkan pohon yang subur, kuat dan memberi hasil yang lumayan serta menaungi si penanamnya.

Apa yang kita maksudkan dengan kesucian adalah mereka yang berpegang teguh dengan agama, yang menjaga kehormatan dirinya. Mereka yang sentiasa bertaubat dan tetap mengerjakan segala perintah Allah Ta'ala dan menjauhi larangannya. Mereka2 yang bakal mendirikan rumahtangga wajib memberi perhatian kepada yang bakal menjadi pasangan hidupnya. (Ibubapa yang mencari pasangan untuk anak2 mereka wajib memberi tumpuan pemilihan berdasarkan agama melebihi asas2 yang lain):

Firman Allah Ta'ala:
"Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
( An-Noor: 26)



Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam:
“Perempuan dikahwini kerana empat sebab, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati.” (Bukhari dan Muslim).


Firman Allah Ta'ala dan Hadis diatas memberi panduan bagi seseorang memilih pasangannya. Wanita2 yang suci bersih adalah lebih baik dari wanita jahat, yang suka berfoya2, bergaul bebas walaupun rupa parasnya cantik! Demkian juga lelaki yang baik tetapi sederhana adalah jauh lebih baik daipada lelaki yang kacak tetapi jahat atau buruk akhlaknya.!

Tegas lagi kita dilarang memilih pasangan berdasarkan kemuliaan, harta kekayaan atau keturunan.

Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam: bersabda:

“Sesiapa yang mengahwini seorang perempuan kerana kemuliaannya, Allah akan menambahkan kepadanya penghinaan, sesiapa yang mengahwininya kerana harta, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kesusahan dan kefakiran. Sesiapa yang mengahwininya kerana keturunan, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kerendahan (kejatuhan). Dan sesiapa yang mengahwini perempuan itu bagi menghadkan pandangannya dan bagi melindungi diri daripada perbuatan maksiat atau kerana silaturrahim (eratkan hubungan persaudaraan) , nescaya Allah akan memberkati dirinya dan akan memberkati isterinya.” (riwayat Tabrani).


Setelah memilih pasangan, mereka-mereka yang bakal mendirikan rumahtangga (yang telah diikat dengan pertunangan) wajib memelihara diri daripada perkara2 terlarang. Kerana perbuatan2 ini akan memberi kesan kepada istana bahagia yang bakal didrikan. Samada yang dimaksdukan ini membawa kepada pengertian kebahagian diri atau zuriat yang akan dilahirkan.

Mereka wajib menjaga batas2 yang telah ditentukan agama.
1. Menjaga batas aurat.
2. Menjaga batas pergaulan. Hendaklah seorang muhrim perempuan hadir ketika berlaku pertemuan.
3. Semua jenis surat menyurat, email, sms dan sebagainya hendaklah dalam batas yang tidak mengandungi ucapan2 yang menghairahkan atau ucapan yang boleh merangsang nafsu kerana mereka belum ada ikatan yang sah sebagai suami isteri.

Malangnya di zaman ini pasangan bertunang seperti sudah berkahwin ; boleh bawa berjalan2, bersiar2, berpegangan tangan yang semuanya haram dan boleh membawa kepada dosa dan mengotorkan jiwa. Jiwa yang kotor inilah yang akan memberi kesan buruk kepada kebahagian rumahtangga dan bakal zuriat yang akan dilahirkan.

Jadi hati2lah mereka2 yang bakal dirikan rumahtangga! Patuhilah perintah Allah dan wasiat RasulNya. Disana ada hikmah dan rahsia tersembunyi bagi mereka yang mahu mendapat kebahagiaan!

Ada yang bertanya: Bagaimana dengan mereka ang sudah mendirikan rumahtangga dan pernah terlanjur melakukan perkara2 yang ditegah sewaktu bertunang. Apa kah jalan keluar bagi mereka ini? Adakah masih ada jalan kebahgiaan???

Ibubapa adalah punca utama kehancuran kebahagiaan anak-anak mereka yang bakal mendirikan rumahtangga. Mereka membiarkan anak mereka yang telah bertunang dibawa berjalan dan berbuat sesuka hati oleh lelaki yang belum sah menjadi suaminya! Alasan mereka mudah....supaya mereka berkenalan rapat dan tiada masalah selepas berkahwin. Dan sebahagian lagi yang mempunyai kedudukan beri alasan kononnya inilah zaman moden....jadi kita mesti ikut arus perdana moden. Kalau tak ikut kita akan dikatakan kolot !!! NauzuBillah! Betapa jahilnya mereka ini tentang agama!

Lelaki dan wanita yang bertunang.....yang tidak mematuhi batasan agama juga patut dipersalahkan kerana telah jatuh taklif hukum atas mereka. Tiada alasan tak tahu atau tidak sedar!

Kedua-dua mereka (ibubapa dan pihak yang bertunang) menanggung dosa sebelum melangsungkan perkahwinan lagi kerana Allah Ta'ala dengan keras memberi amaran :

Firman Allah Ta'ala:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Al-Isra, :32)

Maksud daripada amaran Allah Ta'ala "jangan hampiri zina" ini adalah ditujukan kepada segala perkara yang mendorong kepada perlakuan zina. Seperti berdua-duan, bercakap-cakap atau berhubungan dengan cara-cara yang boleh menaikkan nafsu kejahatan, berpegangan tangan atau apa saja perkataan, perbuatan, isyarat yang boleh mencetuskan perasaan kepada perbuatan zina adalah termasuk didalam amaran ini.

Dengan perkataan yang tegas, ibubapa dan bakal suami isteri terang2an melanggar perintah Allah Ta'ala ini. Apa lagi dosa yang lebih besar daripada perbuatan terang2an melanggar amaran Allah Ta'ala. Mereka telah mengotorkan diri mereka, hati mereka, ruh mereka dengan dosa dari tangan2 mereka sendiri!

Firman Allah Ta'ala:
"Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan derhakanya dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian yang besar."
( At-Talaq :9)

Setiap lelaki yang normal mempunyai keinginan kepada wanita, demikian sebaliknya. Allah Ta'ala memberi jalan keharusan bagi memenuhi keinginan ini melalui perkahwinan yang sah! Allah Ta'ala mempertemukan mereka melalui suatu "cahaya ikatan" yang suci!

Pasangan yang ditemukan dalam keadaan suci diri (dari segala perlakuan buruk dan keji) akan merasai kemanisan, keindahan, kelazatan yang diidamkan selama ini! Disana mereka akan melihat betapa besarnya Rahmat dan Ni'mat Allah Ta'ala kedalam hati mereka. Suatu suasana ketenangan dan kedamaian hati yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata!

Firman Allah Ta'ala:

"Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain..........al akh.
( Al-Araf :189)



JIKA KAMU.....! Yang telah bertunang, yang belum di ijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah, telah merasai keni'matan adakah sesuatu yang tinggal untuk kamu rasai selepas kamu dijabkabulkan. ???

Isi kelapa yang telah diperah sehingga habis keluar santannya....apa yang tinggal?
Madu yang telah disedut dari bunga sehingga kering....adakah suatu yang tinggal untuk dirasai lagi?


Mungkin ada yang akan berkata.... memang ada!

Tetapi kamu telah kehilangan sentuhan suci yang pertama!
Kamu telah mengotorkan tangan dan hati kamu dengan dosa!
Kamu telah mengotorkan aqal dan ruh kamu!

Kamu tetap akan dapat sebagaimana yang kamu idamkan, tetapi TIDAK sebagaimana yang dikehendaki Allah Ta'ala !
Kamu tetap akan menjadi suami isteri, tetapi bukan melalui kasih sayang Allah Ta'ala!
Kamu tetap akan meneruskan kehidupan, tetapi kekejian dan dosa2 kamu akan membayangi kehidupan kamu!

KELUARGA BAHAGIA

KELUARGA BAHAGIA

  • Setiap orang ingin merasa hidup berkeluarga. Namun semua harus sedar bahawa sebuah keluarga bukan sekadar untuk dibina, tetapi mengekalkan dan menyuburkan sesebuah keluarga merupakan perkara yang paling penting. Setiap insan yang bergelar ibu dan bapa pasti inginkan keluarga yang bahagia. Banyak perkara yang boleh dilakukan dan diamalkan bagi menjamin kebahagian sesebuah keluarga.

    1. Bersenanglah pada waktu anda bersama anak, pasangan atau di dalam keluarga. Anda seharusnya memberi banyak masa anda sendiri dari mengambilnya.

    2. Tunjukkan perasaan anda, jadi anak-anak akan mengikutnya. Ini akan mengajar mereka untuk meluahkan perasaan masing-masing. Sentuhan adalah sesuatu yang amat penting dan melakukannya sebagai sebahagian dari amalan dalam keluarga adalah sesuatu yang baik, seolah-olah ia menyatakan perasaan sayang pada satu sama lain.

    3. Bilang hingga 10 tarik nafas yang panjang dan berhenti melakukan apa saja perkara baru yang anda cuba namun tidak berjaya. Tanya diri anda adakah anda seorang yang munasabah atau bolehkah anda ambil perkara itu dari sudut positif? Ajar anak anda untuk berfikir begitu.

    4. Kekalkan peraturan dan hadkannya secara konsisten. Ini memerlukan kata-kata yang bagus dan kemahiran kokunikasi antara ibu dan bapa serta semua orang dewasa yang sayangkan anak anda. Berpendirian tetap dalam membuat batas-batas pada ank-anak penting agar mereka juga belajar untuk menghormati dan bertindak dengan apa yang telah ditetapkan.

    5. Jadilah seseorang yang pentingkan diri sendiri sedikit. Ini penting unutuk tonjolkan diri anda sebagai satu individu dan sebagi satu pasangan begitu juga sebagai ibubapa. Maka, ambillah masa untuk berdikari dan bergembira.

    6. Makan bersama dan nikmati aktiviti sebagai satu keluarga di mana-mana yang anda boleh. Padamkan televisyen dan gunakan peluang yang ada unutk berborak misalnya.

    7. Bila keadaan menjadi serba tidak kena, fikirkan kembali mengapa. Misalnya jika menyediakan sarapan selalu membuatkan anda tergesa-gesa dan akhirnya lembat menghantar anak ke sekolah atau tadika, tanya diri anda adakah anak anda mempunyai tidur yang cukup? Fikirkan, sama ada semua orang terlalu bergantung kepada seorang individu sahaja atau anda perlu rombak rutin hari anda setiap pagi ?


AKU DAN DIA

MENCARI KEBAHAGIAN, MENCIPTA KEBAHAGIAN.

MOHD ZUL & NUR HAFIZA

3.5.2009...

Sunday, January 3, 2010

WELCOME T0 2010


Selamat tahun 2010.

CERIAKAN HARI-HARIKU
DENGAN SENYUMAN...